
Menghantar wang secara digital telah menjadi lebih popular, terutamanya sejak PKP. Ada pelbagai sebab orang menghantar wang ke luar negara, tapi artikel ini bukan tentang itu. Kalau anda berminat, boleh baca artikel lain yang kami juga tulis!
Pernah tak terfikir bagaimana MoneyMatch beroperasi? Sebenarnya, MoneyMatch mempunyai dua cara untuk menghantar wang anda ke luar negara. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut!
1. Rakan Kongsi di luar negara.
MoneyMatch menggunakan rakan kongsi untuk menghantar wang anda ke luar negara. Antara rakan kongsi Moneymatch adalah daripada negara seperti Indonesia, Singapore, Korea, Japan, Amerika Syarikat dan lebih lagi. MoneyMatch juga telah berkerjasama dengan Ripple untuk memperluaskan rangkaian kami di seluruh dunia.
Dengan menggunakan rakan kongsi, penghantaran wang akan menjadi lebih cepat untuk sampai ke penerima. Kadang kala, penerimaan mendapat wang pada hari yang sama walaupun pengirim menghantar di waktu pagi.
(Akan tetapi, harus diingatkan bahawa kebiasannya, proses ini akan mengambil masa selama 1 – 2 hari berkerja untuk penerima menerima wang)
2. SWIFT
SWIFT, atau dikenali sebagai Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication adalah satu rangkaian yang membolehkan institusi kewangan di seluruh dunia menghantar dan menerima maklumat mengenai urus niaga kewangan dalam persekitaran yang selamat, standard dan dipercayai.
Dalam erti kata lain, kebanyakkan institusi kewangan menggunakan rangkaian SWIFT, termasuk MoneyMatch.
Untuk pengetahuan anda, SWIFT telah menghubungkan lebih daripada 11,000 institusi kewangan di lebih dari 200 negara, yang bertukar rata-rata lebih dari 32 juta mesej setiap hari.
Bagaimanakah SWIFT berfungsi?
Seperti gambar rajah dibawah, satu transaksi akan melalui beberapa bank sebelum sampai ke penerima.
Oleh itu, jangkamasa satu transaksi akan mengambil masa di antara 1-2 hari berkerja, bergantung kepada mata wang dan negara penerima.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MoneyMatch, sila kunjungi portal kami di https://support.moneymatch.co/hc/en-us