
Secara logiknya, faktor utama untuk menghantar wang ke luar negara adalah untuk membayar pembekal. Akan tetapi, terdapat banyak lagi faktor lain untuk menghantar wang ke luar negara. Ini kerana pengiriman wang ke luar negara adalah satu perkara yang normal di dalam kehidupan seharian.
Mari kita fahami 5 faktor utama yang lain pengguna MoneyMatch apabila menghantar wang ke luar negara
5. Membeli rumah di luar negara
Membeli rumah di luar negara adalah faktor yang jarang didengari, akan tetapi ianya adalah salah satu sebab mengapa pengguna di MoneyMatch menghantar wang ke luar negara. Mungkin mereka mahu berhijrah ke luar negara, ataupun membeli rumah sebagai pelaburan jangka panjang. Tahukah anda bahawa MoneyMatch mempunyai pertukaran mata wang dengan kadar yang lebih tinggi berbanding daripada bank yang sedia ada?
4. Membayar bil
Ada daripada pengguna MoneyMatch menghantar wang ke luar negara untuk membayar bil bulanan mereka. Kebanyakan pengguna MoneyMatch adalah daripada ekspatriat yang berkerja di Malaysia. Tahu kan anda bahawa anda boleh mendapat kupon bernilai RM30 dengan merujuk MoneyMatch kepada rakan sekerja ekspatriat anda? Mereka juga akan mendapat RM30 diskaun apabila menggunakan “referral code” anda apabila membuat pesanan pertama.
3. Membayar gaji
Terdapat juga syarikat di Malaysia yang mempunyai staf di luar negara, oleh itu memerlukan servis seperti MoneyMatch untuk menolong membayar gaji pekerja mereka di luar negara. Terdapat juga individu yang mempunyai pembantu rumah dan memerlukan menghantar gaji mereka kepada keluarga pembantu rumah. Dengan menggunakan MoneyMatch, anda hanya perlu muat turun aplikasi dan boleh membuat pengiriman di hujung jari anda. Hebat bukan?
2. Membayar yuran pengajian di luar negara
Semestinya kamu mempunyai rakan-rakan atau saudara mara yang belajar di Universiti di luar negara seperti Australia, UK, Amerika, atau di negara lain. Mereka memerlukan wang secukupnya untuk membayar yuran pengajian mereka. Dengan menggunakan MoneyMatch, ianya mudah dan pantas untuk menghantar wang kepada mereka.
1. Menghantar wang kepada keluarga dan rakan-rakan di luar negara
Sebab utama pengguna MoneyMatch menghantar wang ke luar negara adalah kerana untuk memberi wang kepada orang tersayang mereka di luar negara. Mungkin masa yang sesuai untuk memberi duit raya kepada orang tersayang anda di luar negara!
Itu sahaja 5 sebab popular untuk menghantar wang ke luar negara.
Kalau anda mahu baca lebih tentang cara MoneyMatch menghantar ke luar negara, bacalah artikel ini.
Ayuh muat turun aplikasi MoneyMatch sekarang!