
MoneyMatch: Lesen Perbankan Digital dari Bank Negara Malaysia
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia telah menganugerahkan lesen perbankan digital kepada 5 buah konsortium. MoneyMatch adalah ahli salah satu konsortium tersebut, di samping Jirnexu yang terkenal dengan laman perbandingan mereka RinggitPlus, dan juga Carsome, pasaran digital untuk kenderaan terpakai yang menjadi ‘unicorn’ pertama di Malaysia. Konsortium yang dibentuk oleh KAF Investment Bank ini terpilih untuk memperoleh lesen perbankan digital Islam pertama negara.
Apakah Kelebihan Perbankan Digital?
Tidak seperti bank konvensional, bank digital akan beroperasi tanpa cawangan fizikal atau mesin juruwang automatik. Mereka dikehendaki menyediakan perkhidmatan dan berhubung dengan pelanggan secara atas talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih sahaja.
Walaupun begitu, bank digital mempunyai kelebihan dari segi penerimaan deposit dan pemberian akses kepada sumber modal yang lebih murah. Ini penting kerana bank digital bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada firma kecil dan sederhana (PKS), mikro-PKS, individu berpendapatan 40% ke bawah (B40), dan mereka yang berada di kawasan luar capaian.
Meskipun penyelesaian kewangan dan deposit yang diperkemas telah wujud dalam pasaran, bank digital dijangka untuk menyediakan produk yang jauh lebih memuaskan dari segi pengalaman pelanggan oleh kerana pemahaman yang mendalam tentang pelanggan, berdasarkan analisis data yang diperoleh daripada ekosistem mereka. MoneyMatch, sebagai contoh, berpengetahuan dalam pertukaran asing dan kiriman wang, sekaligus dapat mengesyorkan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan pengguna dalam pembangunan bank digital.
Ekosistem perbankan digital memainkan peranan penting, bukan sahaja dengan memberikan bank digital pangkalan pelanggan sedia ada yang besar, tetapi juga menyediakan data dan arah aliran yang membolehkan keputusan kredit dan penyesuaian pelanggan dilakukan berpaksikan produk. Selain itu, berbanding bank konvensional, bank digital juga tidak dibebani perbelanjaan tinggi untuk menyelenggara cawangan-cawangan fizikal. Oleh sebab ini, pelanggan mungkin dapat memanfaatkan kadar pertukaran atau yuran penghantaran yang lebih rendah.
Langkah seterusnya…
Sebelum mereka boleh memulakan operasi, lima konsortium yang memegang lesen perbankan digital ini akan melalui tempoh persediaan operasi yang akan diluluskan oleh Bank Negara melalui audit. Bagi MoneyMatch, penambahan kakitangan penting seperti lembaga pengarah dan eksekutif berpangkat tinggi dalam perbankan digital akan jadi keutamaan.