5-ways-to-improve-cash-flow

Situasi pandemik COVID-19 telah menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran dalam menguruskan kewangan.

Terdapat ramai orang bercuti tanpa gaji untuk suatu masa yang panjang dan lebih teruk, mereka dipaksa berhenti kerja tanpa sebarang faedah pampasan diberikan. Mereka mungkin tidak mempunyai pendapatan yang stabil untuk bulan-bulan seterusnya sehingga mendapatkan kerja baharu. Mereka juga terkesan apabila mempunyai tanggungjawab untuk memindahkan wang dari Malaysia bagi memberi duit belanja terhadap keluarga yang berada di luar negara. Tambahan lagi, mereka perlu mengira semula jumlah perbelanjaan mereka di mana salah satunya ialah mengambil kira kadar pemindahan wang dan pada yang sama mengekalkan jumlah perbelanjaan diri.
Oleh yang demikian, artikel ini akan mengongsikan bagaimana anda boleh memastikan tidak berbelanja secara lebih terhadap bayaran tersembunyi semasa memindahkan wang kepada insan yang tersayang.

1. Mengenal pasti dan menyenaraikan syarikat yang memberi perkhimatan anda hendaki.

giphy (12)

Anda akan melayari di enjin carian seperti Google, MSN dan lain-lain untuk mengenal pasti agensi dan syarikat yang menawarkan khidmat pemindahan wang ke luar negara. Kebiasaannya, syarikat terkemuka akan sentiasa terpapar di iklan Google akan tetapi perlu diingat supaya memperbanyakkan pilihan lain dan pastikan ia adalah laman web yang sah bagi mengelakkan penipuan.

2. Penggunaan Microsoft Excel bagi membandingkan kadar matawang asing dan bayaran pemindahan wang

giphy (15)

Setelah anda menyenaraikan syarikat yang anda hendaki, anda boleh membuat satu jadual seperti gambar di bawah. Anda boleh menyenaraikan kriteria-kriteria yang anda perlukan termasuklah kadar bayaran, kadar pertukaran matawang, masa diambil untuk pemindahan dan lain-lain.

Contoh perbandingan di Microsoft Excel:

Stated Fees Hidden Fees
MoneyMatch RM 8
Bank C RM 35 RM 125
Bank P RM32 RM 125
Bank R RM 27 RM 125
Bank M RM 30 RM 125

3. Hubungi khidmat pelanggan untuk pemeriksaan selanjutnya berkenaan bayaran tambahan dan syarat-syarat tertentu

giphy (16)

Kemudian, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau sebrang pertanyaan yang tidak dinyatakan di laman web syarikat tersebut. Sila ingati untuk bersikap sopan apabila menghubungi pegawai khidmat pelanggan kerana mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda.

4. Bersedia untuk perubahan baharu!

giphy (17)

Setelah anda berasa puas hati terhadap perbandingan yang diperolehi, anda boleh mendaftar dan melakukan pindahan wang. Kebanyakan orang tidak gemar untuk menukar cara mereka memindahkan wang dan tiada siapa yang sukakan perubahan. Walau bagaimanapun, anda perlu memperingati diri sendiri bahawa anda hanya perlu membelanjakan keperluan sahaja.

Mengambil keputusan yang bijak adalah sangat diperlukan pada saat ini. Selain itu, ia boleh membantu anda untuk mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengekalkan kebahagiaan keluarga anda. Justeru, kekal selamat dan bijak semasa situasi pandemik ini.